Kelas E-learning – Make A Gingerbread House

18 Februari 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Februari 2024, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Melugu telah mengadakan Kelas e-learning kepada ahli-ahli PEDi Melugu. Kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan motivasi serta mengetengahkan kreativiti dan kemahiran memori dalam kalangan peserta.

Dalam kelas ini, peserta diminta untuk membuka laman web ABCya.com dan memilih tajuk Make A Gingerbread House. Mereka mengamalkan teknik manipulasi dengan memilih, mengklik dan mengheret tetikus untuk menghasilkan gingerbread house menggunakan perhiasan-perhiasan yang terdapat dalam permainan ini seperti bumbung, gula-gula, tingkap, pintu dan lain-lain lagi mengikut kreativiti masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali